Carilah Keredhaan Allah

Khamis, 1 Disember 2011

Rahsia Jalan Yang Lurus

Rahsia Jalan Yang Lurus

Assalaamua'laikum wa rahmatulaahi wa barakaatuh
Bismillahi Rahmanir Rahim

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
Seratus empat orang lelaki, wanita dan kanak-kanak pada 19hb Disember 1997 telah bertolak dari Jakarta menuju ke Singapura dengan pesawat Boeing 737 nombor penerbangan MI185. Pasti tidak ada seorangpun diantara para penumpang pesawat itu yang menduga bahawa meraka akan menghadapi maut tidak lama setelah mereka bertolak dari Jakarta. Malangnya, pesawat tersebut nahas dan jatuh berkeping-keping di Palembang, dekat Sungai Musi dan semua orang penumpang telah terkorban nyawa.
Diseluruh dunia ini tidak terhitung betapa banyaknya orang yang mati dalam berbagai malapetaka seperti itu; bencana alam yang datang dengan tiba-tiba seperti gempa bumi, angin taufan, kapal tenggelam, kecelakaan laulintas dan lain-lain lagi. Setiap hari, ada orang yang meninggal bahkan pada waktu anda membaca tulisan ini ada orang yang sedang menghadapi maut. Ramai orang yang berusaha untuk hidup lebih lama melalui senaman, berhenti merokok, makan vitamin-vitamin dan sebagainya.
Namun kita tidak dapat menyangkal kenyataan. Pada suatu hari kita akan meninggal dunia juga, dan apa sahaja yang kita lakukan tidak dapat menghalang ketibaan masa itu. Ada yang berkecenderungan bahawa kita tidak akan mati apalagi jika segalanya berjalan dengan baik, jika tidak ada kekurangan, jika ekonomi melambung, suasana aman damai, dan kita cukup makan. Kematian terlalu mudahnya dilupakan.
Yang sebenarnya ialah kematian adalah sesuatu hakikat yang tidak dapat dielakkan oleh sesiapapun di dunia ini. Ramai juga yang berpendapat bahawa kematian adalah persoalan orang-orang yang sudah tua sahaja, tetapi sebenarnya, kematian itu tidak memandang umur. Sepastinya matahari terbenam setiap hari, kematian pasti akan tiba, sama ada orang yang berkuasa, berpangkat, pandai kaya atau miskin. Kematian itu menjadikan mereka yang berpangkat tinggi setanding dengan yang miskin atau berpangkat rendah.
Manusia ditetapkan mati hanya sekali sahaja dan setelah itu akan dihakimi. Anda diminta untuk bersiap sedia dan berwaspada akan datangnya saat kematian dan selepas itu bersiap pula untuk mempertanggungjawabkan segala yang telah anda melakukan sewaktu didunia ini kepada HAKIM AGUNG. Dialah yang berkuasa untuk memasukkan anda ke SYURGA atau mencampakkan anda ke Neraka Jahanam.



DUNIA INI SEMENTARA SAHAJA !

Apakah maknanya kehidupan ini?
Kehidupan ini sama seperti asap yang sebentar sahaja kelihatan lalu lenyap. Sesungguhnya manusia seperti nafas sahaja, dan semuanya sia-sia.
Ramai yang berharap hanya untuk kehidupan di dunia ini. Setiap hari mereka hanyalah sibuk dengan urusan-urusan dunia ini; sibuk mencari duit, sibuk bekerja, sibuk dengan kesukaan. Mereka melupakan diri bahawa saat akan tiba apabila segalanya berakhir dan kita kembali kepada KHALIQ kita. Kehidupan juga penuh dengan penderitaan dan air mata. Kita mengalami jauh lebih banyak penderitaan di dunia ini dipertimbangkan dengan kesenangan dan keseronokan yang kita memperolehi.
Syaitan mengajukan supaya menikmatilah kesenangan-kesenangan dunia dengan puas-puas dan buatlah dosa kemudian jadilah penghuni neraka untuk selama-lamanya. Walau bagaimanapun Allah memberi petunjuk, ajaran dan jalan untuk mengendalikan diri kerana kehidupan yang sebenarnya bukanlah di dunia yang sementara ini tetapi di SYURGA yang kekal. Jadi berwaspadalah supaya jangan menghanyutkan diri dalam dosa dan kesenangan-kesenangan dunia yang sementara sahaja tetapi ikutilah ajaran dan Jalan Allah agar anda hidup selamanya dalam rahmatNya.
Di akhirat ada dua tempat tujuan bagi roh manusia iaitu Syurga dan Neraka. Seketika roh manusia ditentu masuk ke salah satu tempat itu, maka orang itu akan kekal di situ. Manakah yang anda pilih?




SYURGA
Inilah tempat bersara yang paing indah dimana taman-taman yang teduh dapat dinikmati dan ada kesabaran, kehormatan dan salam. Disini mereka yang disucikan dari dosa akan hidup bersenangan sambil memuji Allah yang menghapuskan dukacita mereka untuk selama-lamanya.
Fikiran kita tidak mampu membayangkan bagaimana indahnya syurga itu. Orang yang menuruti ajaran Allah dan mengikuti jalan yang ditunjukkanNya akan berada di tempat ini.
Hanya Isa Anak Maryam yang langsung masuk Syurga kerana Dia suci.
(Maryam, 19:19)
Bahkan Dia terkemuka di dunia dan di akhirat …
(Al Imran, 3:45)




NERAKA
Inilah tempat seksaan yang mengerikan dan tempat kesedihan serta kesengsaraan, dimana pakaian, selimut dan tempat tidur dibuat api. Di atas kepala dan di bawah kaki, api berlapis-lapisan. Dimana-manapun penuh api, asap hitam, dan kegelapan. Mata menjadi buta, telinga menjadi tuli dan mulut menjadi bisu. Mereka yang berada disini mengalami penderitaan yang tidah berhenti. Mereka tidak mati dan tidaklah hidup juga, tetapi mengalami seksaan tanpa kesudahan.
Sejak manusia pertama, Nabi Adam dan Hawa, menuruti kata-kata godaan Syaitan, mereka telah disentuh Syaitan dan memiliki dosa, maka semua manusia sudah berdosa dan jauh daripada Allah yang menyelamatkan mereka. Oleh itu, mereka akan dihukum dengan hukuman neraka.
"Dan tidak seorang diantara kamu, melainkan mendatanginya (masuk neraka) dan ini bagi Tuhanmu adalah ketetapan yang sudah dipastikan…"
(Maryam, 19:71)




JALAN KE SYURGA
Agama dengan syariat-syariatnya harus ditaati dan dilaksanakan sepanjang umur hidup manusia. Manusia juga diharuskan untuk selalunya bermurah hati. Hanya apabila manusia dapat menjalankan segala hal-hal tersebut dengan penuh maka manusia dapat mencapai Syurga. Mungkinkah kita hidup kehidupan kita dengan sempurna?
Berapa tekunkah kita sepatutnya menjalankan syariat-syariat agama ataupun berapa banyakkah kita berkemurahan hati agar dapat masuk ke Syurga? Kami semua telha berdosa; bahkan perbuatan kami yang terbaik pun kotor dan najis. Kerana dosa kami, kami akan lenyap seperti daun layu diterbangkan angin.
Adakah tolok ukur yang pasti apabila menjalankan hal-hal tersebut agar kita dapat masuk Syurga? Tidak ada!
Oleh kerana manusia tidak akan past agar dapat masuk ke Syurga maka banyak orang tinggal keragu-raguan, dengan kebimbangan dan kegelisahan. Sepanjang zaman orang selalu berdoa kepada Allah agar ditunjukkan jalan yang harus diikuti manusia agar dapat mencapai Syurga.
Kita semua seperti domba yang sesat, masing-masing mengikut jalan sendiri. Tetapi Allah menjatuhkan hukuman kepadanya, hukuman yang seharusnya dijatuhkan kepada kita.
"Indinash shiraathal mustaqiim"
Tunjukilah kami jalan yang lurus …
(Al Fatihah, 1:6)
"Yaa ayyuhai ladziina aamanut taqullaaha wabtaghuu ilaihi wasiilata …"
Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepadaNya…
(Al Maidah, 5:35)
Sudahkah anda menemui jalan itu?




Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang
Oleh kerana Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang maka Allah di dalam Al Quran telah menunjukkan jalan dan petunjuk-petunjuk yang diberi jelas patut diikuti agar manusia dapat mencapai Syurga. Marilah kita renungkan Al Quran dan Hadis seperti yang tersebut dibawah ini.
Petunjuk-petunjuk Al Quran dan Hadis agar manusia dapat mencapai Syurga
  1. Isa AS ialah jalan yang lurus yang patut diikuti
"Wa innahu la'ilmu lis saa'ati fa laa tamtarunna bihaa wa tabi'unni haadzaa shiraathum mustaqiim…"
Dan sesungguhnya Isa itu benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat kerana itu janganlah kamu ragu tentang hari kiamat itu dan ikutlah Aku. Inilah jalan yang lurus …
(Az Zukhruf, 43:61)
  1. Isa AS pembawa keterangan dan patut ditaati
    "Wa lammaa jaa-a 'Isa bil bayyinaati qaala qad ji'tukum bil hikmati wa li ubayina lakum ba'dhal ladzii tathtalifuuna fiihi fat taqullaaha wa athii'u…"
    Dan tatkala Isa datang membawa keterangan. Dia berkata sesungguhnya Aku datang membawa hikmat dan untuk menjelaskan kepadamu sebagian yang apa kamu perselisihkan tentangnya, maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepadaKu…
    (Az Zukhruf, 43:63)
  2. Isa AS mengatakan perkataan yang benar
    "Dzaalika 'isabnu Maryama qaulal haqqil ladzil fiihi yamtaruum…"
    Itulah Isa putra Maryam yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenaranNya…
    (Maryam, 19:34)
  3. Isa AS itu utusan Allah dan FirmanNya
    "Inamal Masihu 'isabnu Maryama rasullahi wa kalimatuhu …"
    Sesungguhnya Isa Al Masih putra Maryam itu utusan Allah dan FirmanNya…
    (An Nisa, 4:171)
  4. Isa AS adalah Roh Allah dan KalimatNya"Isa faa innahu Rohullah wa kalimatuhu…"
    Isa itu sesungguhNya Roh Allah dan FirmanNya
    (Hadis Anas bin Malik hal.72)
  5. Isa AS adalah Roh Allah yang menjelma menjadi Manusia yang sempurna
    "… arsalnaa ilaihaa ruuhanaa fa tamatstsala lahaa basyaran sawiyya."
    …Kami mengutus Roh Kami kepadanya, maka ia menjelma di hadapannya menjadi Manusia yang sempurna…
    (Maryam, 19:17)
  6. Isa AS adalah satu-satunya Imam MAHDI"Laa mahdia illa isabnu Maryama…"
    Tidak ada Imam MAHDI selain Isa putra Maryam…
    (Hadis Ibnu Majah)
  7. Isa AS dilahirkan bukan dari bapa Insani, tetapi dari Roh Allah
    "Wallatii ahshanat farjahaa fa nafakhnaa fiihaa mir ruuhinaa Wa ja'alnaahaa wabnahaa ayatal lil 'aalamiin"
    Ingatlah kisah seorang perempuan yang memelihara kehormatannya (Maryam) lalu Kami tiupkan kepadanya Roh Kami (Roh Allah) dan Kami jadikan dia dan Anaknya tanda (kuasa Allah) bagi semesta alam.
    (Al Anbiyaa, 21:91)
  8. Isa AS lahir, mati dan dihidupkan kembali
    "Wa salaamu 'alayya yauma wulittu, wa yauma amuutu, wa yauma ub'atsu hayaa."
    Dan sejahtera atasNya pada hari Dia dilahirkan, pada hari Dia wafat, dan pada hari Dia dibangkitkan hidup kembali."
    (Maryam, 19:33)
  9. Isa AS mati, diangkat dan pengikutNya dipilih atas orang kafir
    "Idz qaalallahu yaa Isa, innii mutawafiika, wa raafi'uka ilayya, wa muthahhiruka minal ladzinaa kafaruu, wa jaa'ilul ladzina tabauka fauqal ladzina kafaruu ilaa yaumil qiyamati."
    Ingatlah tatkala Allah berfirman; Hai Isa, sesungguhnya Aku akan mewafatkanMu, dan mengangkatMu depadaKu, dan akan menyucikan Engkau dari orang-orang kafir, dan menjadikan orang-orang yang mengikutiMu diatas mereka yang kafir hingga hari kiamat."
    (Al Imran, 3:55)
  10. Isa AS menyembuhkan orang buta sejak lahir
    "Wa ubriul akmaha, wal abrasha, wa uhyil mautaa bi idznillah."
    Dan Aku menyembuhkan orang bita sejak dari lahirnya dan orang yang berpenyakit sopak, dan Aku sanggup menghidupkan orang mati dengan seizin Allah.
    (Al Imran, 3:49)
  11. Isa As menghidupkan orang mati
    "… wa idz tuhuriijul mautaa biidzni…"
    … dan diwaktu Kamu mengeluarkan orang mati dari kubur (menjadi hidup) dengan izin Ku…
    (Al-Maidah, 5:110)
  12. Isa AS diberi mujizat dan Roh Kudus
    "Wa aatainaa 'isabna Maryam bayyinaati wa ayyadnaahu bi ruuhil qudusi."
    Dan Kami berikan kepada Isa putra Maryam, beberapa mujizat serta Kami perkuat Dia dengan Roh Kudus.
    (Al Baqarah, 2:253)
  13. Kafirlah orang yang menolak Isa AS
    "Wa bi kufrihim wa qaulihim 'alaa Maryama buhtaanan 'azhiimaa."
    Dan kerana kekafiran mereka (terhadap Isa) dan tuduhan mereka terhadap Maryam dengan kedustaan besar (zinah).
    (An Nisa, 4:156)
  14. Isa AS akan diimani oleh semua ahli kitab
    "Wa im min ahlil kitaabi illa la yu'minanna bihi qabla mauthihiiwa yaumal qiyaamati yakunnu 'alaihim syahiidaa."
    Dan tidak seorangpun dari ahli kitab melainkan akan beriman kepada Isa sebelum matiNya, dan pada hari kiamat. Dia menjadi Saksi terhadap mereka.
    (An Nisa, 4:159)
  15. Tidak menurut Taurat dan Injil, maka tidak dipandang beragama
    "Qui yaa ahlal kitaabi lastum 'alaa syai-in hattaa tukimut tauraata wal injiila wa maa unzila ilaikum mir rabbkum"
    Katakanlah: "Hai ahli kitab, kamu tidak dipandang beragama sedikitpun hingga kamu menegakkan ajaran ajaran Taurat, Injil dan apa apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu.
    (Al Maidah, 5:68)
  16. Al Quran induk dari Taurat dan Injil
    "Wa innahu fii ummil kitaabi ladainaa ia 'aliyyuna hakiim."
    Dan sesungguhnya Al Quran itu dalam induk Alkitab, di sisi Kami adalah tinggi dan penuh hikmat.
    (Az Zukhruf, 43:4)
  17. Isa AS berkuasa/terkemuka di dunia dan di akhirat
    "Idz qalatil malaikatu yaa Maryama innallaaha yubasyiruki bi kalimatim minhus muhul masihu 'isabnu Maryama wajihan fiddun-yaa wal akhirati wa minal muqarrabiin."
    Ketika malaikat berkata, hai Maryam sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan Kalimah daripadaNya namannya Al Masih putra Maryam, terkemuka di dunia dan di akhirat dan orang yang paling dekat pada Allah.
    (Al Imran, 3:45)
Hazrat Isa AS yang paling berkuasa dan terkemuka di dunia dan di akhirat. Hasrat Isa AS adalah petunjuk kepada jalan yang lurus. Pengikut-pengikut Hazrat Isa AS dipilih atas orang-orang kafir. Jadi ikutlah Hazrat Isa AS pasti anda akan masuk ke Syurga. Begitu penting Hazrat Isa AS sehingga di dalam Al Quran nama Hazrat Isa AS disebut sebanyak 97 kali.
Jika Yang Berhormat Perdana Menteri menjemput anda ke Istana Negara, sudah pasti anda percaya bahawa anda akan diberi masuk ke istana. Ini kerana Yang Berhormat Perdana Menteri adalah yang paling berkuasa di negara dan berhak bertindak begitu.
Jika jemputan ke Istana ditanda tangan seorang yang berpangkat rendah sahaja, tentu anda akan meragui kebenaran jemputan itu. Jangan-jangan menuju ke Istana hanya dilarang masuk apabila tiba disana. Sedemikian, Hazrat Isa AS diberi hak memerintah atas Syurga. Oleh kerana itu, sudah pasti bahawa kepercayaan akan jemputan Hazrat Isa AS tidak akan diragui lagi. Percayalah akan jemputan Hazrat Isa AS dan anda pasti memasuki Syurga.




TEMAN YANG MAHA TINGGI

Doa Nabi Muhammad SAW sebelum beliau wafat:
Ya Allah! Ampunilah saya! Kasihanilah saya dan hubungkanlah saya dengan Teman Yang Maha Tinggi …
(Hadis Shahih Bukhari 1573)
Lalu beliau mengangkat tangannya sambil mengucapkan:

"Teman Yang Maha Tinggi"
Lalu beliau wafat dan rebahlah tangan beliau.
(Hadits Shahih Bukhari 1574)
Siapakah "Teman Yang Maha Tinggi" itu?
Menurut catatan para Hadis Sahih Bukhari, ialah "Malaikat dan Nabi-nabi". Malaikat tidak disebut yang Maha Tinggi, jadi "teman" beliau bukan malaikat tetapi seorang nabi. Lalu siapakah diantara nabi yang layak disebut:

"Yang Maha Tinggi"?
Nabi-nabi yang terkenal iaitu:
"Adam Shafiyulah" = Adam AS disucikan Allah
"Nuh Najiyullah" = Nuh AS diselamatkan Allah
"Ibrahim Khalillulah" = Ibrahim AS dikasihi Allah
"Isma'il Dzabiihullah" = Ismail AS dikurbankan Allah
"Musa Kaliimullah" = Musa AS difirmankan Allah
"Dawud Kalifatullah" = Dawud AS dipimpin Allah
(Majmu' Syarif)
Namun beliau telah bersabda:
"Anaa aulan naasi bi 'iisabni Maryam fid dun-yaa wal aakhiraati wal anbiyaau ikhwaatul li'allaatin ummahaatuhum syattaa wa diinuhum waahid."

Saya yang lebih dekat Isa anak Maryam di dunia dan di akhirat. Semua nabi itu bersaudara kerana seketurunan. Ibunya berlainan sedang agamanya satu.
(Hadis Shahih Bukhari 1501)
"…'lisabnu Maryam wajihan fid dun-yaa wal aakhirat…"
… Isa putra Maryam yang terkemuka di dunia dan di akhirat …
(Al Imran, 3:45)
 "Wal Iadzii nafsii bi layusyikanna ayyanzila fil kumubnu Maryama hakaman muqsithan"
Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya 'Isa Anak Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang Adil …
(Hadis Shahih Muslim 127)
 "Laa mahdiya illa isabnu Maryama"
Tidak ada Imam MAHDI selain Isa putra maryam
(Hadis Ibnu Majah)
… Isa itu Rohullah, Rasullah dan Kalimatullah.
(Anas bin Malik hal. 72, An Nisa, 4:171)

Maka "Teman Yang Maha Tinggi" itu adalah Isa Al Masih Anak Maryam.
"… wattabi'unni haadzaa shiraathum mustaqiim."
…ikutilah Aku, inilah jalan yang lurus.
(Az Zukruf, 43:61)

Sudahkah anda menerimaNya Sebagai Pembuka/Petunjuk jalan yang lurus kepada Allah?

Wassalaamu'alaikum wa rahmatullaahi wa barakaatuh.

ISLAM YANG SEBENAR?


Penjelasan Biasa

Dalam bahasa Arab, perkataan "Islam" bermaksud "tunduk" atau "patuh". Jika seorang Muslim ditanya, "Apakah itu Islam?", biasanya dia akan menjawab, "Agama yang tunduk kepada Allah, satu-satu Tuhan yang benar."
Jawapan ini terlalu ringkas. Untuk memahami Islam yang benar, satu gambaran yang jelas yang diperlukan. Untuk mendapat gambaran yang jelas ini, satu penelitian sejarah diperlukan.
Islam Dalam Sejarah
Sebelum Islam bertapak di tanah Arab di bawah pimpinan Muhammad, terdapat empat jenis kepercayaan yang berpengaruh di sana.
  1. Arab Jahiliah
  2. Mereka ini penyembah-penyembah berhala yang percaya kepada satu Tuhan yang Maha Tinggi, dewa-dewi dan berbagai jenis kuasa ghaib. Walaupun begitu, sebilangan besar daripada mereka (terutamanya bani Quraisy di Mekah) mengaku diri mereka dari keturunan Ibrahim.
    Rumah berhala mereka yang terkenal ialah Kaabah yang bertempat di Mekah. Di dalamnya terdapat berbagai objek-objek pujaan dan berhala.
  3. Yahudi
  4. Pada zaman Muhammad, terdapat ramai orang Yahudi di tanah Arab. Sebilangan besar dari mereka bukan Yahudi sejati melainkan yang telah memeluk agama Yahudi. Menurut Yaqubi, bani Yahudi Quazah dan Nadhir di Madinah merupakan suku-bangsa Arab Jurham yang telah diyahudikan.
    Orang Yahudi pada masa itu lebih berpengetahuan tentang dongeng rakyat dan tulisan ulama mereka daripada apa yang sebenarnya di tulis dalam Taurat. Malah, ada yang telah lupa bahasa asal mereka dan tidak dapat lagi membaca kitab Taurat yang ditulis dalam bahasa Ibrani. Kerana ulama-ulama Yahudi sahaja yang memahami kitab Taurat, ayat-ayat dari kitab itu terpaksa diterjemahkan secara spontan ke dalam bahasa Arab dalam upacara-upacara sembahyang umum.
  5. Kristian
  6. Orang yang pertama menjadi Kristian ialah orang Yahudi. Mereka berbeza dengan orang Yahudi lain kerana menerima Isa sebagai Al-Masih yang telah dijanjikan Allah. Apabila semakin ramai orang bukan-Yahudi memeluk agama Kristian, mereka mula membentuk identiti mereka sendiri. Pada zaman Muhammad, orang Kristian telah wujud selama enam ratus tahun. Dalam masa yang singkat itu, agama Kristian berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah.
    Akan tetapi orang Kristian pada masa itu telah pudar semangat dan banyak ajaran-ajaran sesat telah berjaya memecahbelahkan penduduk Kristian kepada kelompok-kelompok yang bertentangan fahaman. Ramai orang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak berpeluang membaca Alkitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu yang diperdebatkan.
    Suasana ini merebak ke tanah Arab yang pada masa itu tidak memiliki Alkitab dalam bahasa Arab. Orang Kristian di tanah Arab pada masa itu terdiri dari golongan Nestoria, Baizantin dan Monofisit. Golongan Baizantin dan Monofisit merupakan dua golongan paling berpengaruh dan merekalah yang menimbulkan perbalahan apabila memanggil Maryam, Ibu Tuhan. Maka tidak hairanlah jika suasana seperti itu telah menghalang Muhammad daripada mendapatkan ajaran Kristian yang benar.
    Akhirnya, penyebaran ajaran-ajaran sesat ini dapat disekat dan dibetulkan. Prosesnya mengambil masa yang lama kerana campur tangan berbagai pihak yang berkuasa. Apabila umat Kristian berjaya bangkit dari kemelut akidah yang telah memecahbelahkan mereka, Islam telah pun bertapak di Timur Tengah dan Afrika Utara.
  7. Hanif
Perkataan Hanif bermaksud "Dia yang berpaling" iaitu daripada penyembahan berhala. Orang Hanif ialah orang Arab Jahiliah yang telah dipengaruhi oleh fahaman Yahudi dan Kristian lalu mereka menolak amalan penyembahan berhala. Mereka tidak berjemaah tetapi percaya agama yang benar ialah agama yang dipegang bapa bangsa mereka, Ibrahim.
Agama Yahudi, Kristian dan Islam masing-masing menuntut mewakili agama Ibrahim yang sebenar. Adalah menarik bahawa dari empat Hanif yang diceritakan oleh Ibn Ishaq, tiga daripada mereka menemui kebenaran yang dicari-cari mereka dalam agama Kristian.
Hanif yang pertama ialah Waraqah bin Naufal, sepupu Khatijah, isteri pertama Muhammad. Dia memeluk agama Kristian dan menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam. Selepas kematiannya, Muhammad telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga.
Hanif kedua ialah Abdullah bin Jashy. Pada mulanya dia memeluk agama Islam tetapi kemudiannya memeluk agama Kristian setelah berhijrah ke Habsyah akibat penganiayaan di Mekah. Abdullah selalu bersaksi kepada pelarian Islam yang lain tentang pengalaman rohaninya yang baru itu. Dia pernah berkata, "Kami (Kristian) melihat dengan jelas tetapi kamu (Islam) mengerdip mata sahaja." Maksudnya jelas – Abdullah percaya bahawa orang kristian mempunyai pandangan yang jelas dalam hal-hal rohani manakala Islam masih belum berjaya melihat terang kebenaran Allah.
Hanif yang ketiga ialah Usman bin Huarith. Dia merupakan saudara isteri pertama Muhammad dan memeluk agama Kristian semasa di Baizantin.
Hanif yang keempat, Zaid bin Amru, tetap Hanif sampai akhir hayatnya. Dikatakan dia selalu berdoa, "Ya Allah. Jika aku tahu jalan mana yang paling Engkau berkenan, aku akan menyembah-Mu dengannya. Tetapi aku tidak tahu."
Sebelum kerasulannya, Muhammad merupakan seorang Hanif. Pada setiap tahun, di bulan Ramadan, dia akan pergi bertapa di Gua Hira yang berdekatan dengan Mekah. Amalan ini sebenarnya berasal daripada orang Kristian di Syria yang kemudiannya menjadi popular di kalangan orang Arab.
Mengikut ajaran Islam, kenabian Muhammad bermula pada satu malam pada bulan Ramadan apabila dia terdengar satu suara menyuruh dia "mengucap" (yakni ayat-ayat Al-Quran yang bakal diturunkan kepadanya). Suara ini didengarnya ketika dia sedang bertapa di Gua Hira. Apabila dia mempertimbangkan kata-kata tersebut, malaikat Jibrail telah menjelma dan memberitahunya, "Muhammad! Engkaulah rasul Allah."
Pada mulanya Muhammad menyebarkan mesej Islam di kalangan orang Arab sahaja. Selepas dia berhijrah ke Madinah (yang banyak berpenduduk Yahudi), dia cuba memujuk orang Yahudi menerimanya sebagai seorang nabi setaraf nabi-nabi dalam kitab Taurat. Muhammad mengelar orang Yahudi dan Kristian "ahli-ahli kitab". Walaupun begitu, orang Yahudi menentang Muhammad dan menolak mesejnya. Mereka yakin kitab suci mereka tidak menyatakan apa-apa tentangnya. Sejak dari itu, Muhammad mula bermusuhan dengan mereka.
Apabila ditanya sama ada orang Islam orang Yahudi atau Kristian, Al-Quran mengarahkan orang Islam untuk memberi jawapan ini:
Berkata mereka itu: Beragama Yahudilah kamu, atau beragama Nasrani, supaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah: Bahkan agama Ibrahim yang lurus (kami ikut), dan bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik. Katakanlah: Kami telah beriman kepada Allah dan (Kitab) yang diturunkan kepada kami dan apa-apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan anak-anaknya (begitu juga kepada kitab) yang diturunkan kepada Musa dan Isa, dan apa-apa yang telah diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka, tiadalah kami perbezakan seorang juga di antara mereka itu dan kami patuh kepada Allah. Maka jika mereka beriman seperti keimanan kamu, sesungguhnya mereka mendapat petunjuk; tetapi jika mereka berpaling (tiada beriman seperti keimananmu), maka hanya mereka dalam perpecahan (dengan kamu); maka engkau akan dipeliharakan Allah dari kejahatan mereka, dan Dia Mahamendengar, lagi Mahamengetahui. (2 Surah Al-Baqarah ayat 135-137)
Apabila ayat-ayat ini yang dipandang dari sudut sejarah, maka jelaslah agama Islam merupakan satu panggilan untuk kembali kepada agama Ibrahim dan mesej nabi-nabi Allah. Apakah ini telah dilakukan penganut agama Islam? Apakah Islam hari ini mewakili agama Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaqub yang sebenar? Apakah kitab Musa dan Isa ditaati hari ini oleh pengikut Islam?
Agama Ibrahim
(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Islamlah engkau! Jawabnya: Saya telah Islam(patuh mengikut) Tuhan semesta alam. (2 Surah Al-Baqarah ayat 131)
Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai tolan (sahabat). (Surah An-Nissak ayat 125)
Agama Ibrahim ialah agama penundukan dan ketaatan kepada perintah-perintah Allah. Ibrahim menikmati banyak berkat kerana kejayaannya tunduk dan taat kepada Allah. Dia telah diberi anak yang soleh walaupun sudah berusia, anaknya ditebus Allah ketika Ibrahim patuh kepada arahan Allah (melalui mimpi) untuk menyembelih anaknya dan dia dijadikan imam bagi manusia. Akan tetapi berkat paling besar dialami Ibrahim ialah penghormatan menjadi sahabat Allah.
Bagaimana dengan anda hari ini? Apakah anda berjaya tunduk dan taat kepada perintah-perintah Allah Ibrahim, Ishaq dan Yaqub? Apakah berkat-berkat yang telah anda alami sebagai hasil kepatuhan ini? Apakah anda seorang sahabat Allah?
Mengapakah Allah berkenan kepada nenek moyang kita Ibrahim? Allah berkenan kepada Ibrahim kerana perbuatan Ibrahim, iaitu mempersembahkan Ishaq, anaknya di atas mezbah, sebagai persembahan kepada Allah. Kamu tidak nampakkah bahawa Ibrahim menunjukkan imannya dengan perbuatannya? Oleh itu, iman Ibrahim menjadi sempurna. Perkara itu sesuai dengan ayat Alkitab, "Ibrahim percaya kepada Allah, dan kerana imannya Allah menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Allah." Itulah sebabnya Ibrahim disebut sahabat Allah. (Yakub bab 2 ayat 21-23)

Kosongkanlah Hati dari Pengaruh Makhluk

Al Hikam : Kosongkanlah Hati dari Pengaruh Makhluk

Apabila kita bermaksud supaya hati kita dapat masuk ke dalamnya cahaya-cahaya Ilahi, cahaya-cahaya Al-Ihsan dan teranglah hati dengannya untuk dapat menangkap ilmu-ilmu ketuhanan dan sebagian rahasia alam makhluk ini, maka tidak ada jalan lain selain apa yang telah diungkapkan oleh Maulana Ibnu Athaillah Askandary dalam Kalam Hikmahnya sebagai berikut:

"Kosongkanlah hati anda dari segala sesuatu selain Allah, niscaya Dia akan memenuhi hati anda itu dengan ilmu-ilmu makrifat (ilmu mengenal Allah dan rahasia-rahasia alam) ketuhanan."

Kalam Hikmah ini kejel;asannya sebagai berikut:

I. Kita diperbolehkan Allah bahkan dianjurkan olehNya menguasai dan memiliki alam ini sebanyak-banyaknya menurut pandangan lahiriah, walaupun pada hakikatnya semua itu adalah milik Allah s.w.t. dan Dia adalah penguasa, pemilik tunggal dan Maha Esa atas semuanya itu. Hal kedaan itu adalah menurut pandangan "syari'at". Sedangkan menurut pandangan "hakikat", di samping yang tadi, juga hati kita tidak boleh dipenuhi oleh alam makhluk ini, tidak boleh dipengaruhi hati kita oleh harta kekayaan kita, oleh pangkat kita, oleh isteri dan anak-anak kita dan lain-lain sebagainya. Tetapi yang boleh bahkan yang harus mempengaruhi hati kita ialah Allah s.w.t. atau dengan kata lain ialah agama kita yakni agama Islam. Selain daripada Allah, apakah itu alam atas, atau alam bawah, alam dunia, alam akhirat, alam hissy (yang dapat dijangkau pancaindera) ataupun alam maknawi (yang bukan hissy), tidak boleh mempengaruhi hati kita.
Apabila hati kita telah kosong dari pengaruh-pengaruh alam mayapada ini sehingga tidak ada dalam hati kita selain hanya "cinta pada Allah s.w.t.", barulah Allah mengisi hati kita bahkan memenuhi hati kita dengan ilmu makrifatNya sehingga hilanglah dari kita segala macam keraguan, naik kepada tingkat yakin terhadapNya dan apa-apa yang diciptakan dan yang telah ditentukan olehNya. Pada waktu itu berkumpulah dalam hati kita "Anwar Al-Malakut" dan "Asrar Al-Jabarut".
Anwar Al-Malakut artinya cahaya-cahaya alam malakut. Yakni alam bathin atau alam ghaib yang berhubungan dengan arwah dan jiwa manusia. Sedangkan yang dimaksudkan dengan "Asrar Al-Jabarut", ialah alam pertengahan yakni alam barzakh (alam kubur) dan alam-alam mahsyar. Jabarut artinya kekusaan danpaksaan. Sedangkan dalam alam barzakh dan mahsyar, segala sesuatu di dalamnya adalah menurut apa yang telah ditetapkan Allah dan tidak boleh dibantah oleh sesiapa pun, meskipun Rasul-rasulNya, semuanya lemah menghadapi apa yang terjadi.

II. Kalau sudah berkumpul dalam hati kita Anwar Al-Malakut dan Asrar Al-Jabarut, maka terbukalah segala-galanya ini, sebab segala sesuatu sudah beserta Allah, dengan Allah, dari Allah, kepada Allah, atas Allah, dalam Allah dan tida ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah (Laa haula walaa quwwata illa billaahil-'aliyyil 'azhim). Sebab kita dalah hambaNya dan yang dicintai olehNya, lahiriah kita dan bathiniah kita. Inilah makna wahyu Allah s.w.t. kepada Nabi Isa a.s.:

"Bahwasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, niscaya Aku penuhkan hatinya itu dari "cintaKu" (padanya)."

Kesimpulan:

(a) Ilmu makhrifat terhadap Allah s.w.t. sangat sulit kita dapatkan apabila hati kita masih dipengaruhi oleh kecintaan-kecintaan kepada selain Allah. Hal keadaan ini seperti kata penyair Tasawuf:

Jika alam telah hancur dari mata hatiku, Barulah rahasia dapat melihat ghaibnya dalam cahaya terang, Maka lemparkanlah alam itu dari pandanganmu, Dan hapuslah titik ghaibnya, jika anda ingin melihatKu.

(b) Karena itu, berjuang memerangi hawa nafsu adalah penting sekali. Kemudian barulah kita tingkatkan pendekatan kita kepada Allah s.w.t. dengan lahir dan bathin kita, sehingga sampai kita pada taraf bahwa dunia ini dan apa saja selain Allah sudah tidak mempengaruhi bathin kita lagi, meskipun kita mengahadapi dunia ini dengan serba macam permasalahannya, seperti Rasulullah, Muhammad s.a.w. di mana beliau telah diikuti pula oleh sahabat-sahabat dan hamab-hamba Allah yang shaleh.
_______________________________________________________________________________
Hakikat Hikmah dan Tauhid oleh Prof. Dr. K.H.Muhibbudin Waly

Tujuan Tasawuf adalah Mengenal Allah

Sufi Road: Tujuan Tasawuf adalah Mengenal Allah

Abdur Rauf Al Singkil
Sebagai seorang Salik, ia tidak menjauh dari kehidupan sosial-masyarakat dan menyepi di bukit-bukit. gunung-gunung, dan di hutan-hutan tapi meleburkan dlri dalam aktivitas sehari-hari bersama masyarakat.

Masih banyak masyarakat yang salah dan keliru dalam melihat tasawuf. Sehingga dalam benak mereka tasawuf itu lebih identik dengan keterbelakangan, kumuh. lusuh, miskin dan semacamnya. Itu karena tasawuf hanya dipahaminya sebatas dzikir, wiridan. puasa, 'uzlah, mistis, dan irrasional. Berbeda dengan pandangan tasawuf yang dikembangkan oleh Abd Rauf al-Sinkili, yang tidak hanya berupa dan berhubungan dengan hal-hal yang kumuh tersebut. Justru tasawuf yang benar adalah yang rasional, tidak kumuh, dan penuh optimisme dalam kehidupan.
Seorang sufi, kata Abd Rauf al-Sinkili, tidak harus menjauh dari kehidupan sosial-masyarakat dan menyepi di bukit-bukit gunung-gunung, dan di hutan-hutan, tapi seharusnya meleburkan diri dalam aktivitas sehari-hari bersama masyarakat. Mengatasi problema-problema yang dihadapi masyarakat baik yang bersifat sosial, politik, budaya, ekonomi maupun agama. Seorang sufi juga tidak hams lepas dari syari'at, tapi setiap gerak gerik dan perbuatan seorang salik harus sesuai dengan syari'at yang telah ditentukan dalam al-Qur'an dan hadis.

Nama lengkapnya adalah Abd Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri al-Sinkili. la adalah seorang ulama besar Indonesia pada abad ke-17. Syaikh Abdul Rauf dilahirkan di Kabupaten Singkel, di wilayah pantai barat-laut Aceh. Tahun kelahirannya tidak diketahui secara pasti, tapi menurut Rektor Universitas Islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah Jakarta, Azyumardi Azra, yang mengutip dari Ringkes, setelah mengadakan kalkulasi ke masa lalu saat kembalinya Abd Rauf dari tanah Arab, Madinah, bahwa Abd Rauf al-Sinkili dilahirkan sekitar 1024 H/1615 M., lebih 100 tahun setelah kejatuhan Malaka dari tangan Portugis.

Al-Sinkili mendapatkan pendidikan pertama-nya langsung dari ayahnya, Syaikh Ali (al-Fansuri), seorang ulama yang mempunyai madrasah di Aceh. Di Serambi Makkah ini ia juga berguru kepada beberapa ulama besarseperti Syamsuddin al-Sumatrani (w. 1040 H./1630 M.).
Sementara untuk memperluas wawasan keilmuan dan pengetahuannya, al-Sinkili meninggalkan Aceh menuju Arabia seperti Yaman, Jeddah, Mekkah dan Madinah, pada 1052 H./ 1642 M. Selama 19 tahun di Arabia, ia belajar berbagai disiplin ilmu seperti syari'at fiqih. hadis, ilmu kalam dan tasawuf, tidak kurang dari 19 guru dan 27 ulama lainnya ia berguru kepada mereka yang mempunyai kontak dan hubungan pribadi. Di antara gurunya yang paling penting adalah Ibrahim ibn Abd Allah ibn Jam'an (w. 1083 H./1672 M). Kepadanya al-Sinkili mempelajari apa yang dinamakan ilmu ai-zhahir ( pengetahuan eksoteris), seperti hadis dan fiqih dan subyek-subyek lain yang terkait di Yaman.

Setelah menyelesaikan belajar di Yaman, al-Sinkili melanjutkan perjalanannya ke Jeddah, yartu ke Makkah dan terakhir ke Madinah. Di Madinah-lah al-Sinkili mendapatkan ilmu-ilmu bathin (pengetahuan esoteris). Dan, guru utamanya yang sangat mempengaruhi perjalanan spiritualnya adalah Syaikh Ahmad al-Qusyasyi. Diakuinya. bahwa karena berkat gurunya itulah dia kemudian boleh berbuat khidmat kepada tapak wali Allah yang kamil (sempuma) lagi mukamal (menyem-purnakan) (Azra.1999). Bahkan al-Qusyasyi kemudian mempercayai al-Sinkili sebagai pimpinan {khalifah) Tarekat Syathariyyah dan Qadiriyyah.

Setelah 19 tahun berada di Arabia, ia lalu memutuskan kembali ke Aceh sekitar 1661 M., yaitu setahun setelah al-Qusyasyi meninggal, dan mengajar di madrasahnya di Aceh. Banyak orang dari seluruh nusantara yang datang untuk berguru kepadanya. Di antara murid-muridnya yang menjadi ulama terkenal ialah Syaikh Burhanuddin Wafan dari Minangkabau, Abd al-Muhyi dari jawa Barat, Dawud al-Jawi al-Fansuri dan Ismail Agha Mushthafa Agha 'Ali al-Rumi dari Turki.
Sebagai ulama yang menguasai berbagai bidang ilmu keagamaan, Abd Rauf telah menghasilkan berbagai karyatulis (kitab) yang cukup besar di bidang agama, antara lain: fiqih, hadis, tasawuf, dan tafsir. Sedangkan di antara karya yang dihubungkan dengan al-Sinkili dalam bidang fiqih adalah Mir 'ah at-Tullab fi TashilMa 'rifah al-Ahkam asy-Syar 'iyyah Hal-Malikal-Wahhab (Cermin para Penuntut Ilmu, untuk Memudahkan Mengetahui Hukum-hukum Syari'at Tuhan) dalam bahasa Melayu. Karya ini ditulis atas permintaan Sultan Safiyyat al-Din, yang diselesaikan pada 1074 H./ 1663 M. Isi karya ini mengungkapkan tentang aspek muamalat, fiqih, termasuk sosial, politik, ekonomi, dan keagamaan umat Islam.

Prestasi lain dari al-Sinkili sebagai ulama besar, ternyata bukan hanya menulis untuk kaum Muslim awam mengenai ilmu-ilmu zahir (ibadah sehari-hari), tetapi juga untuk kalangan elit (al-khawwash) mengenai topik-topik yang berkaitan dengan ilmu-ilmu batin seperti kalam dan tasawuf. Dalam bidang terakhir inilah al-Sinkili lebih dikenal luas di kawasan Melayu.
Karya-karya al-Sinkili dalam bidang tasawuf adalah lebih banyak dibandingkan dengan karya-karya yang lain. Oman Fathurrahman mencatat sebanyak23 karya khusus dalam bidang tasawuf. Di antaranya adalah Umdah al-Muhtajin ila Suluk Maslak al-Mufarridin (Pijakan bagi Orang-orang yang Menempuh Jalan Tasawuf) dalam bahasa Melayu, Tanbih al-Masi afMansub ila Tariq al-Qusyasyiyy (Pedoman bagi Orang yang Menem¬puh Tarekat al-Qusyasyiyy) dalam bahasa Arab, dan Kifayat al-Muhtajin ila Masyrab al-Muwah-hidin al-Qa ilin bi Wahdat al-Wujud (Bekal bagi Orang-orang yang Membutuhkan Minuman Ahli Tauhid Penganut Wahdatuf Wujud), juga dalam bahasa Melayu.

Dalam kitab Kifayat al-Muhtajib ini, af-Sinkil banyak berkomentar dan menjelaskan mengenai konsep wahdat al wujud telah diperdebatkan oleh ulama-ulama sebelumnya. Dalam konteks ini al-Sinkili mempertahankan transendensi Tuhan atas ciptaan-Nya dan menolak pendapat Wujudiyyah yang menekankan imanensi Tuhan dalam ciptaan-Nya.
la berargumen, sebelum Tuhan menciptakan alam raya, Dia selalu memikirkan tentang diri-Nya sendiri, yang mengakibatkan terciptanya Nur Muhammad. Dan dari Nur Muhammad itulah Tuhan menciptakan pola-pofa dasar permanen (al-a'yun al-tsabitah), potensi alam raya. yang menjadi sumber pola-pola dasar (al-a’yubn-al-kharijiyyah), ciptaan dalam bentuk konkretnya. Al-Sinkili menyimpulkan, meskipun a'yun al-kharijiyyah merupakan pancaran-bayangan dari Wujud Mutlak, untuk masalah ini mereka berbeda dari Tuhan itu sendiri.


Wujud Yang Esa
Ajaran dan wajah tasawuf al-Sinkili berpijak pada konsep ke-Esa-an Tuhan atau Wahdat al-Wujud. Dalam pandangannyabahwasatu-satunya wujud adalah Allah {la ilaha ilia Allah), tidak ada wujud selain wujud Allah. Dengan kata lain, wujud dalam pengertian hakiki hanya al-Haq, segala sesuatu selain a/-Haqt\6ak memiliki wujud. Wujud selain al-Haq, yaitu alam raya dan isinya ini misalnya, hanyalah bayangan dari al-Haq, atau bayangan dari bayangan-Nya, bukan wujud-Nya.
Dengan demikian al-Sinkili menegaskan transendensi Tuhan atas makhluk-Nya. Transen-densi di sini menurutnya, bahwa alam -termasuk manusia di dalamnya - tidak memiliki wujud tersendiri, karena ia hanya merupakan bayangan Tuhan. Kehadiran bayangan itu tergantung pada ada dan tidak adanya bayangan. Oleh sebab itu, wujud hakiki yang sebenarnya adalah sumber bayangan tersebut berikut segala sifat yang melekat padanya. Menurut al-Sinkili yang juga mengutip perkataan Ibnu 'Arabi bahwa hakikat manusia adalah bayangan Allah, tidak lain dari itu (waa'yunina finafsial¬am ri dzilluhu la ghairuhu).

Dengan pandangannya bahwa alam adalah bayangan Allah, al-Sinkili menegas¬kan jika alam ini bukan benar-benar Dzat al-Haq, karena anggapan tersebut akan mem-batalkan status al-Haq sebagai Pencipta Alam Raya. Oleh sebab itu, al-Sinkili menyatakan sangat tidak mungkin jika Sang Pencipta menciptakan Dzat-Nya sendiri secara utuh.
Pandangan al-Sinkili bahwa alam merupakan bayangan Tuhan, secara implisit merupakan jawaban atas panda¬ngan kontroversial Hamzah Fansuri yang menganut konsep wujudiyyah. dan menekankan sisi persamaan dan penyatuan antara bayangan dengan benda aslinya. Menurut Hamzah Fansuri bahwa dirinya Itu, sungguh pun mendapatkan nama dan rupa, hakikat rupa dan namanya tidak ada. Seperti bayang-bayang dalam cermin, rupanya dan namanya ada, tapi hakikatnya tidak ada. Oleh karena itu, dirinya bersama-sama dengan Tuhannya, karena dirinya tidak terpisah dengan Tuhannya, dan Tuhan pun tidak terpisah dengan hamba-Nya.

Alasan al-Sinkili atas ketidaksetujuannya terhadap pandangan Hamzah Fansuri tersebut adalah berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an yang menjelaskan bahwa tidak sekali pun Allah menciptakan Dzat-Nya sendiri. Melalui Nabi Muhammad SAW, Allah berkata: Qui Allahu khaliqukullisya'in (Katakanlah Hai Muhammad! Allah itu Pencipta segala sesuatu). Allah tidak mengatakan, misalnya, Qui Allahu khaliqu 'ainihi (Katakanlah! Allah adalah Pencipta Dzat-Nya sendiri).
Kalaupun ada, menurut al-Sinkili, orangyang mengatakan bahwa alam dan segala sesuatu itu adalah Dzat al-Haq, hal itu hanya berlaku pada zaman azali. Pada zaman azali itu segala sesuatu dihubungkan dengan wujud Allah, sehingga ia dapat dikatakan sebagai wujud, tapi bukan wujud
hakiki. karenayang hakiki di zaman azali pun hanya wujud Allah, yang lain hanya berada pada tingkat imkan al-wujud. yaitu kemungkinan wujud. Dengan demikian jika manusia. yang notabene bagian dari alam, benar-benar merupakan sama dan menyatu dengan Dzat Allah, seharusnya ia dapat mewujudkan apa saja yang dikehendaki dan dapat dilakukan dalam sekejap. seperti yang Allah tegaskan dalam al-Qur'an, Idza arada sya'an an yaqula lahukun fayakun (Apabila Allah menghen daki sesuatu. hanya berkata kepadanya. jadilah! Maka jadilah itu). Tapi kenyataannya manusia tidak mampu melaksanakan hal tersebut, karena kehendaknya tidak selalu seiring dengan kehendak Allah. Hal ini menjadi bukti bahwaalam, manusia, atau makhluk tidak identik dengan Allah atau al-Haq secara mutlak.

Meski begitu sebagai wujud yang tidak berdiri sendiri dan diciptakan melalui proses pemancaran (emanasi) dari Dzat Allah, maka keberadaan alam tidak berbeda secara mutlak juga dengan-Nya, karena alam bukan wujud keduayang benar-benar terpisah dari-Nya.
Al-hasil, menurutal-Sinkil, bahwa wujud alam ini tidak benar-benar berdiri sendiri, melainkah terjadi melalui pancaran, dan yang dimaksud dengan memancar adalah bagaikan memancarnya pengetahuan dari Allah. Seperti halnya alam ini bukan benar-benar Dzat al-Haq - karena ia merupakan wujud baru, alam juga tidak benar-benar lain dari-Nya. Manusia bukan wujud kedua yang berdiri sendiri di samping Allah. Alam juga bukan Dzat al-Haq secara mutlak, melainkan sekadar bayangan-Nya, atau bahkan bayangan dari bayangan-Nya, karena Tuhan adalah Dzat Yang Esa, tidak sesuatu yang menyertai-Nya, meskipun la menyertai segala sesuatu Menuju Yang Esa.

Cara untuk menuju kepada Sang Wujud sebagai satu-satunya Wujud, menurut al-Sinkili, adalah melalui jalan tarekat. Dalam konteks tasawuf, tarekat adalah jalan bagi orang yang melakukan jalan mistis (tasawuf), jalan yang ditempuh para sufi sebagai jalan yang berpangkal dari syari'at Karena antara syari'at dan hakikat ada keterkaitan yang sangat kuat. Syari'at adalah aturan atau hukum, sedangkan tarekat merupakan cara untuk melaksanakan aturan dan hukum Allah, tempat berpijak bagi setiap Muslim.

Sedangkan tujuan akhir bagi seorang sufi atau orang yang melakukan jalan mistis adalah mengenal Tuhan dengan sebenar-benarnya, memperoleh cita makrifat pada alam ghaib dan mendapatkan penghayatan langsung pada Dzat Allah. Jadi, makrifat merupakan tahap akhir bagi seorang salik setelah syari'at, tarekat, dan hakikat.
Tarekat yang dipraktikkan al-Sinkili dapat dikelompokkan dalam tiga tahap. Tahap pertama adalah penyucian hati. Penyucian hati, sebagai tahap pertama, menurutal-Sinkili, harus ditempuh melalui sepuluh martabat, yang dalam setiap martabatnya terdiri atas sepuluh martabat, sehingga seluruhnya berjumlah seratus martabat. Seluruh martabat dimaksud pada dasarnya mengandungajaran untuk mawasdiri, penguasaan dan pengendalian hawa nafsu, membersihkan hati dari ikatan dan pengaruh duniawi, serta penyera-han diri secara total kepada Allah SWT.
Dalam tahap pertama ini, al-Sinkili menekankan agar mereka yang menempuh jalan mistis menjalankan seluruh martabat tersebut, mulai dari martabat pertama, al-yaqzan (bangun atau sadar) hingga martabat terakhir, yakni martabat tawhid (mengesakan Allah). Dalam pelaksanaannya, para pelaku mistis dianjurkan untuk selalu memohon kepada Allah agar mampu melewati jalan yang sangat berat tersebut. Dan yang paling penting adalah agar mereka tidak berpaling kepada selain Allah selama menjalaninya, karena hal tersebut akan menjadi penghalang (hijab) untuk mencapai tujuan akhir yaitu makrifat.

Tahap kedua jenjang tarekat adalah konsentrasi dalam dzikir, yaitu memusatkan seluruh kesadaran dan pikiran dalam merenungkan keindahan wajah Tuhan dengan penuh kerinduan. Menurut al-Sinkili, dzikir merupakan cara paling efektif untuk mendekatkan diri kepada Allah, paling mudah dilakukan, dan paling baik di hadapan Allah. Dzikir dianggap sebagai pintu gerbang utama untuk mencapai penghayatan makrifat pada al-Haq. Untuk itu dalam ajaran tasawuf. terutama setelah munculnya berbagai tarekat. tata cara dzikir beserta aturan-aturan wiridnya memegang peranan sentral dan menjadi ciri pembeda antara satu tarekat dengan tarekat-tarekat yang lain.
Bacaan dzikiryangdianjurkan al-Sinkili selama menjalankan jalan mistis adalah bacaan tahlil, la ilaha ilia Allah, Tidak ada Tuhan selain Allah. Bacaan ini agar diamalkan secara kontinyu dan menenggelamkan hati di dalamnya hingga merasakan manfaat dan buahnya yang tak terbatas.
Salah satu manfaat dari mengamalkan dzikir secara kontinyu, menurut al-Sinkili, adalah dapat membentuk akhlak atau moral yang baik dan menimbulkan kemuliaan. Dari manfaat yang pertama, akan lahir sifat zuhud, yakni hilangnya kecenderungan hati terhadap materi sebagai sesuatu yang bersifat nisbi, dan lenyapnya ketergantungan kepada selain Allah. Sedangkan manfaat yang kedua, akan diberkatinya berbagai kebutuhan, seperti makanan, pakaian dan lain sebagainya, sehingga yang sedikit dan sederhana pun akan selalu menjadi cukup dan penuh keberkahan dalam hidup ini.
Sedangkan tujuan tertinggi dari dzikir, menurut al-Sinkili, adalah dapat diperoleh keyakinan mutlak akan ke-Esaan Allah dan tenggelam dalam diri-Nya, sehingga wujud hamba menjadi hilang dan kembali menjadi tiada. Maka tibalah saatnya penghalang (hi/'ab) yang terbentang antara hamba dengan-Nya menjadi hilang.

Jika seorang hamba telah mampu mencapai tingkat ini, berarti ia telah sampai kepada akhir perjalanannya kepada Allah, karena berarti ia telah sampai kepada tawhid, Dzat yang merupakan tawhidtertlngg\ di antara em pat tingkatan tawhid, yaitu tawhid uluhiyyah (mengesakan ketuhanan Allah), tawhid af'aliyah (mengesakan perbuatan Allah), tawhidsifaX (mengesakan sifat-sifat Allah), dan tawhid Dzatiyah (mengesakan Dzat Allah).
Tahap yangterakhir dan merupakan tingkatan tarekat peleburan diri {fana) ke dalam Allah, yaitu proses terbentuknya tabir penyekat alam ghaib, atau proses mendapat penerangan dari yang ghaib sebagai hasil meditasi atau dzikir. Peleburan diri tersebut, menurut al-Sinkili, adalah terdiri atas beberapa tingkatan. Tingkatan yang paling tinggi adalah ketika dzikir yang diucapkan telah menetap dalam hati, telah hilang dan samar, serta hamba yang mengucapkan dzikir pun tidak ingat lagi akan dzikirnya bahkan tidak ingat akan hatinya sendiri, maka itulah yang dinamakan fana'dalam arti sesungguhnya. Dalam tingkatan ini, seseorang telah benar-benar fana'dari dirinya, ia tidak merasakan lagi seluruh lahiriyah dan batiniyah panca inderanya, serta tidak merasakan segala sesuatu di sekelilingnya. la pergi menuju Tuhannya, dan kemudian berada di dalam-Nya.
Lebih jauh, al-Sinkili mengatakan bahwa fana' dalam arti sesungguhnya adalah kemampuan seorang hamba memandang bahwa Allah berada pada segala sesuatu. Fana' adalah martabat penggabungan yang tertinggi, di dalamnya tidak ada nama, tulisan, ungkapan maupun isyarat. Fana' adalah martabat orang yang mampu mendengardan memandang melalui al-Haq. Dan, fana 'tertinggi sekalipun hanya merupakan sarana dan langkah pertama menuju Allah SWT, karena setelah itu ada yang lebih diharapkan, yakni petunjuk-Nya.
Al-Sinkili meninggal dunia pada tahun 1693 di usia 73 tahun. Beliau dimakamkan di samping makam Teungku Ajong yang dianggap paling karamat di Aceh, dekat Kuala Sungai Aceh. Di Aceh ia dikenal dengan sebutan Teungku di Kuala. Berkat kemasyhurannya itu nama Abd Rauf al-Sinkili kemu-dian diabadikan menjadi sebuah nama perguruan tinggi di Aceh, yaitu Universitas Syiah Kuala. Wallahu a'lam bi al-shawab

Q Humaidi AS: Cahaya Sufi