Carilah Keredhaan Allah

Isnin, 2 Januari 2012

Tafsir surah As-Sajadah ayat (7-12)


                                                                                                                    
RUJUKAN :TAFSIR AL-AZHAR PROF.DR HAMKA
Tafsir  surah AS-SAJADAH AYAT (7-12)

7.Yang sangat elok tiap-tiap sesuatu yang diciptakan dan dia mulai penciptaan manusia daripada tanah.
Tafsir
 Di dalam ayat ini menerangkan bahawa Segala yang diciptakan adalah amat elok belaka,tidak ada cacat dan cela.Semua Dapat dilihat dan diperhatikan dengan seksama pada segala makhlukNYA.contoh-Nya warna awan dan langit yang berganti-ganti,bahkan sampai kepada warna ikan Berbagai jenis dalam laut,warna burung dalam yang terbang di udara,warna rama-rama yang hinggap dari satu kuntum ke kuntum yang lain.Dan Allah s.w.t  juga menerangkan bahawa penciptaan manusia itu adalah daripada tanah

8.kemudian itu Dia jadikan keturunanya dari sari air yang lemah.
Tafsir
Yang dimaksukan dengan kalimat sari air yang lemah ialah mani.Disebutkan sifat mani itu,bahawa dia sebahagian dari air juga.Sebab ia dapat mengalir.Tetapi dia adalah mahiin,iaitu yang bermaksud lemah.Denagan  berturutnya dua ayat,7 dan 8,dijelaskanlah bahawa asal usul manusia daripada tanah.Tetapi keturunanya dari manusia yang pertama tadi bukanlah terus dari tanah sebagai nenek moyangnya yang pertama.Keturunan manusia adalah daripada air mani manusia itu sendiri,turun temurun.Sesudah manusia pertama tidak ada lg manusia yang terjadi  terus dari tanah.
9.kemudian itu dia sempurnakan dia Dia tiupkan padanya dari rohNYA.dan dia jadikan untuk kamu pendengaran dan penglihatan dan hati,namun demikian sedikit sekalai kamu yang bersyukur.

Tafsir
Ayat ini menerangkan bahawa ,dari air mani kedua pihak antara perempuan dan lelaki,lalu digabungkan jadi satu disimpan di dalam rahim(peranakan),diansur melalui peringkat dan perkisaran tertentu.dar mani menjadi nuthfah.dari nuthfah jadi “alaqah” dari “alaqah”jadi mudhghah,dan dari mudhgah menjadi tulang,tulang diselimuti dengan daging,disempurnakan,dan disempurnakan lagi.Setelah itu ayat ini juga menerangkan bahwa setelah  proses kejadian manusia itu Allah meniupkan Roh ke dalam  diri manusia itu.Turut diperinggatkan juga dalam ayat ini Allah meniupkan RohNYA ke dalam diri kita,ialah supaya jelas bagi kita walaupun Roh kita itu ada di dalam diri kita.namun dia bukanlah milik kita.oleh sebab itu manusia tidak mempunyai kekuasaan untuk bertahan apabila yang empunya Roh dating menjemput.Allah s.w.t juga menerangkan bahawa dijadikan pendengaran dan penglihatan adalah untuk menghubungkan  diri kita dengan alam sekeliling dan kita membawa hasil pendengaran dan penglihatan iti ke dalam hati kita untuk menginsafi kebenaran Allah.namun begitu ramai sekali manusia yang tidak bersyukur kerana alpa dengan kenikmatan yang diberikan oleh Allah s.w.t sehingga tertutup hati mereka daripada mengenal Allah s.w.t.

10.Dan mereka bertanaya: Apakah setelah kami hilang lenyap kebalik bumi,apakah kami akan muncul lagi dalam penciptaan yang baru? Bahkan mereka itu tidak percaya dengan akan bertemu dengan  Tuhan mereka.
Tafsir
Pada yat ini,menunjukkan tentang keraguan dan kurang yakin.sesudah badan ini dikuburkan ke dalam tanah,bolehkah dihidupkan kembali? Dan mereka menyangka bahawa jasad yang telah mati dan terkubur di dalam tanah adalah pengakhiran hidup seorang manusia itu,dan tidak ada lagi hidup yang baru.

11.Katakanlah:Akan ditemui kamu oleh malaikat maut,yang  telah diwakilkan kepada kamu,Kemudian itu kamu pun akan dikembalikan kepada tuhan kamu.
Tafsir
Ayat ini selanjutnya menjelaskan tentang keraguaan-keraguan itu dan diberkan ketegasan.setiap yang bernyawa pasti akan bertemu dengan malaikat maut yang hakikatnya nyawa itu adalah milik Allah s.w.t  dan akan kembali kepada Allah s.w.t juga.

12.Dan kiranya engkau lihatlah,seketika orang-orang yang derhaka menukarkan kepala mereka di sisi Tuhan mereka.Ya tuhan kami! Telah kami lihat dan dengar .Maka kembalikanlah kami.agar kami amalkan yang shalih,kami telah yakin.
Tafsir
Di dalam ayat ini menerangkan bahawa Allah s.w.t menyuruh kita melihat kisah-kisah orang yang terdahulu yang sombong ketika hayatnya  kini dating menukarkan kepala bercampur rasa malu dan takut atas dosa-dosa yang dilakukanya.sekarang dating mengakui kebenaran Allag s.w.t dan mengakui tentang dosa mereka .Mereka dating menyembah-nyembah di hadapan Tuhan mereka dengan rendah diri lalu menyampaikan permohonan”ya tuhan kami!telah kami lihat dan telah kami dengar”ternyata benarlah apa yabg diperingat oleh Tuhan kami dahulu ,”Maka kembalikanlah kami” hidup di dunia itu,kami ulang  sekali lagi kehidupan kami agar kami menjadi salleh dan kami telah meyakininya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan