Institusi
masjid sebagai Pusat Pembangunan Komuniti bukanlah suatu perkara yang
baru atau asing, sebaliknya ia telah lama dipraktikkan semenjak daripada
zaman Rasulullah S.A.W di Madinatul Munawarrah. Namun demikian,
peranannya semakin dilupakan atau disempitkan. Sehubungan dengan itu
kertas kerja ini menjemput umat Islam supaya menilai kembali peranan
institusi masjid di dalam pembangunan komuniti setempat.
Selaras
dengan peredaran zaman, pembentukan Pusat Pembangunan Komuniti yang
berteraskan teknologi dan berdaya saing bukanlah sesuatu yang asing.
Pusat Pembangunan Komuniti berteraskan teknologi yang disokong oleh
asas-asas intelektual yang kukuh mampu dijadikan wadah perjuangan umat
Islam di dalam pemantapan ilmu dan berjalan seiring dengan penerapan
nilai-nilai Islam Hadhari yang dipelopori oleh kerajaan dewasa ini.
Kekukuhan asas yang diterapkan mampu mengujudkan Pusat Pembangunan
Komuniti yang berdaya saing dan layak diwarisi oleh generasi yang
berikutnya.
Sewajarnya
Masjid mengambil inisiatif ini di dalam usahanya membasmi kemiskinan di
peringkat akar umbi dengan memperkayakan ilmu masyarakat Islam menerusi
penglibatannya di dalam pembangunan Pusat Pembangunan Komuniti di
institusi masjid setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan