Masuk saja ke MySpace, facebook dan anda
akan dapati ribuan personaliti remaja yang mengakui status keIslaman
mereka tetapi di bahagian pergerakan atau behaviour , anda akan dapati
mereka ini mengistiharkan diri mereka sebagai Lesbians, Homosexual, Bi
Sexual, dan pelbagai lagi.
Apakah ertinya semua ini? adakah
mereka ini remaja yang bermasaalah , yang tidak tahu apa itu Islam? atau
kah mereka ini masih mengakui keislaman mereka tetapi mereka
mengamalkan gaya hidup tidak sihat?
Remaja confused? Remaja Bermasaalah? Remaja Happy Go Lucky? Remaja Trendy?
Remaja
ini mungkin sudah jauh bersosial mengikut rakan sekeliling atau
mengejar impian kebahagian atau happy hour ketika mudanya mereka ini?
Kenapakah mereka ini berkelakuan demikian? salah siapa?
Inilah
yang dikatakan Remaja tanpa halatuju atau arah tuju? Habis waktu
bekerja, mereka ini berpeleseran, habis waktu di kolej atau universitt
mereka ini mencari aktiviti untuk merehatkan akal atau berlibur
Apakah gerakan dakwah Islamiah di Malaysia telah mengenal pasti permasaalan dan berusaha kearah pendekatan yang lebih efektif?
Persoalan pokok yang perlu di pandang serius adalah seperti berikut;
1. Halatuju
2. Aktiviti dan Tempat Gantian (alternative entertainment)
3. Identiti (Self Identiti)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan