Carilah Keredhaan Allah

Isnin, 2 Januari 2012

RAHSIA SEMBAHYANG


Ketahui olehmu yang dikehendakki dengan kata menghadhirkan Zat Sembahyang itu ialah Niat. Manakala Niat itu adalah bekas Nur Sir Kalam Allah yang tiada berhuruf dan bersuara ya'ni rahsia qalam qadimNya. Yang demikian itulah dibilangkan berkata kata kita dengannya.

Maka hendaklah kamu ketahui sesungguhnya tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu hal keadaannya mati sebagaimana sabda Nabi s.a.w. pada mengisyaratkan dengan katanya:

"Mutu Qabla Anta Mutu" Matikanlah diri kamu sebelum kamu mati. Maka adalah maksudnya itu fana'kan dirimu yang kasar, fana'kan panca inderamu yang bangsa zahir. Maka tatkala itu disuruh tilik atau pandang dirimu yang halus atau batin dengan menggunakan panca indera yang batin, kerana adalah yang batin itu berpakaian dengan Sifat Maani, manakala Sifat Maani itu adalah sifat yang lazim atau tetap bagi Zat Allah yang Wajibal wujud lagi Baqa'. Maka jika telah tetaplah bahawa Sifat Maani itu adalah Sifat Zat Allah wajiblah baginya dihukumkan Maanawiyah.

Maka untuk mendapatkan kata putus atau putus bicara mengena'i ta'arif pada Sifat Maani dan Maanawiyah perlu dibicarakan dengan teliti dan halus, bagi memahami Sifat Maani dan Maanawiyah.

Adapun dikatakan dalam pembicaraan taarif Sifat Maani itu demikian:-

"Hiya kullu sifatin maujudatin qa'inatin bimaujudin aujabat lahu hukman."

Tiap tiap sifat yang sedia ada yang berdiri dengan Zat Yang Sedia Ada diwajibkan yakni ditetapkan baginya satu hukum. Maka dalam perkara ini Sifat Maani itu wajib dihukumkan Maanawiyah.

Manakala hakikat Sifat Maani itu adalah "La hiya huwa hiya ghairuhu" Sifat itu bukan Zat, tetapi tiada lain dari Zat.(Kelakuan Sifat ini tidak berdiri dengan sendirinya tetapi lazim dia berdiri dengan Zat sebab antara zat dan sifat tidak boleh berpisah).

Adalah taarif Sifat Maanawiyah pula dikatakan:- "Hiyyal khaluth thabitu lizzati mada matizzatu mu'allalatin bi illatin" Hal yang sabit yakni tetap bagi Zat selama kekal Zat itu dikeranakan dengan satu kerana yakni Sifat Maani. Maka hakikat Sifat Maanawiyah itu " La hiya ghairuhu" Tiada lain dari Zat. Yang demikian nyatalah atau jelaslah sudah bahawa yang dihukum Maanawiyah itu adalah Sifat Maani atau Sifat Maani itulah Sifat Maanawiyah.

Maka hendaklah kamu ketahui dengan sempurna pengetahuan penegenalan bahawasanya Hakikat dirimu yang batin itu dipakaikan dengan rahsia Sifat MaaniNya. Rahsia Sifat Maani itulah Ruh Latifurrabaniah yang jadi hakikat bagi dirimu yang sebenar benar diri. Manakala adalah hakikat diri yang sebenar diri itu sebagai dzil yakni bayang bayang bagi kelakuan atau Sifat wujud Zat Allah yang mutlaq lagi tiada seumpama dengan sesuatu.


Maka ketahuilah bahawa tatkala mengangkat Takbiratul Ikhram itu dengan berkata Allahu Akbar kamu berada didalam Maqam Tauhid. Yang mana dituntut atas kita mentauhidkan akan ZatNya, SifatNya, Asma'Nya dan Af'alNya. Oleh kerana itulah bahawa tempat atau Maqam Tauhid kepada Allah itu didalam Takbiratul Ikhram pada lima waktu Solat Fardhu.

Maka untuk mendapatkan jalan Tauhid yang sebenar benarnya itu hendaklah kita ketahui dengan sempurna pengetahuan didalam bicara berkenaan Nafi dan Isbat. Oleh kerana didalam Nafi dan Isbat itulah duduknya Tauhid dan Ma'rifat.


Hakikat Nafi Yang sebenar.

Adapun sebenar benar hakikat Nafi itu Isbat dan hakikat Isbat itu Tauhid, manakala hakikat Tauhid itu Ma'rifat. Oleh kerana itulah sabda Nabi s.a.w. " La yufarriqu bainan nafi wal ithbat, man faraqa bainahuma fahuwa kafirun" Tiada becerai diantara Nafi dan Isbat, barang siapa memisahkan maka kafirlah dia. Oleh kerana hal keadaan Nafi mengandung Isbat dan Isbat mengandung Nafi, yang demikian bererti bilamana kamu Nafikan sesuatu yang mustahil bagi Allah, maka tak dapat tidak yang kamu Isbatkan itu sesuatu yang mustahil bagi Allah. AWAS. Bilamana kamu nafikan sesuatu yang haq bagi Allah maka tak dapat tidak yang kamu Isbat pun haq bagi Allah jua tiada lain. Maka faham daripada kata kata ini bahawa tidak syak lagi bilamana kamu Nafikan Zat kamu maka yang diisbatkan Zat Allah, Nafikan sifat kamu, diisbatkan Sifat Allah, Nafikan A'fal kamu diisbatkan A'fal Allah, Nafikan asma' kamu, diisbatkan Asma' Allah. Demikianlah adanya Hakikat Nafi/Isbat yang dikehendakki dibawa didalam sembahyang.

ILMU MEMANGGIL SESORANG DARIPADA JAUH


Assalamualaikum dan salamsejahtera,

Untuk pengetahuan, saya bukanlah ahli dlm ilmu ini, tetapi suatu ketika dulu saya pernah belajar dan mempraktikkan ilmu ini secara "senyap2". Bukanlah tujuan saya ingin menunjuk-nunjuk tetapi sbg 1 perkongsian pengalaman. Ramai diantara kawan2 saya yg mengatakan saya hanya mereka cerita, tidak kurang ada juga yang mengatakan saya "gila" , merendahkan saya. Namun, sedikitpun tidak mematahkan semangat saya untuk membuktikan "ilmu" ini. Namun harus diingat, Allah s.w.t yang maha kuasa menentukan segalanya. Kita manusia hanya mampu berusaha dan bertawakkal padan-NYA.

Secara ringkas ilmu ini perlu dilakukan beberapa perkara iaitu puasa jika berkemampuan solat sunat tahajut, sunah hajat dan sunat hajad jika mampu jika tidak mampu bacalah ayat yang saya berikaN selepas apa-apa solat fardu dan perlu dibaca secara berterusan bukan sekali baca sahaja.

Kesannya orang yang dimaksudkan itu akan merasakan sesuatu kehilangan seperti semasa anda perjalan lupa bawa sesuatu yang penting. Lama kelamaan orang yang dimaksudkan itu akan sedar sesuatu yang hilang dan insyallah akan kembali kepada anda.




Wallahualam bissawab....

Tafsir surah As-Sajadah ayat (7-12)


                                                                                                                    
RUJUKAN :TAFSIR AL-AZHAR PROF.DR HAMKA
Tafsir  surah AS-SAJADAH AYAT (7-12)

7.Yang sangat elok tiap-tiap sesuatu yang diciptakan dan dia mulai penciptaan manusia daripada tanah.
Tafsir
 Di dalam ayat ini menerangkan bahawa Segala yang diciptakan adalah amat elok belaka,tidak ada cacat dan cela.Semua Dapat dilihat dan diperhatikan dengan seksama pada segala makhlukNYA.contoh-Nya warna awan dan langit yang berganti-ganti,bahkan sampai kepada warna ikan Berbagai jenis dalam laut,warna burung dalam yang terbang di udara,warna rama-rama yang hinggap dari satu kuntum ke kuntum yang lain.Dan Allah s.w.t  juga menerangkan bahawa penciptaan manusia itu adalah daripada tanah

8.kemudian itu Dia jadikan keturunanya dari sari air yang lemah.
Tafsir
Yang dimaksukan dengan kalimat sari air yang lemah ialah mani.Disebutkan sifat mani itu,bahawa dia sebahagian dari air juga.Sebab ia dapat mengalir.Tetapi dia adalah mahiin,iaitu yang bermaksud lemah.Denagan  berturutnya dua ayat,7 dan 8,dijelaskanlah bahawa asal usul manusia daripada tanah.Tetapi keturunanya dari manusia yang pertama tadi bukanlah terus dari tanah sebagai nenek moyangnya yang pertama.Keturunan manusia adalah daripada air mani manusia itu sendiri,turun temurun.Sesudah manusia pertama tidak ada lg manusia yang terjadi  terus dari tanah.
9.kemudian itu dia sempurnakan dia Dia tiupkan padanya dari rohNYA.dan dia jadikan untuk kamu pendengaran dan penglihatan dan hati,namun demikian sedikit sekalai kamu yang bersyukur.

Tafsir
Ayat ini menerangkan bahawa ,dari air mani kedua pihak antara perempuan dan lelaki,lalu digabungkan jadi satu disimpan di dalam rahim(peranakan),diansur melalui peringkat dan perkisaran tertentu.dar mani menjadi nuthfah.dari nuthfah jadi “alaqah” dari “alaqah”jadi mudhghah,dan dari mudhgah menjadi tulang,tulang diselimuti dengan daging,disempurnakan,dan disempurnakan lagi.Setelah itu ayat ini juga menerangkan bahwa setelah  proses kejadian manusia itu Allah meniupkan Roh ke dalam  diri manusia itu.Turut diperinggatkan juga dalam ayat ini Allah meniupkan RohNYA ke dalam diri kita,ialah supaya jelas bagi kita walaupun Roh kita itu ada di dalam diri kita.namun dia bukanlah milik kita.oleh sebab itu manusia tidak mempunyai kekuasaan untuk bertahan apabila yang empunya Roh dating menjemput.Allah s.w.t juga menerangkan bahawa dijadikan pendengaran dan penglihatan adalah untuk menghubungkan  diri kita dengan alam sekeliling dan kita membawa hasil pendengaran dan penglihatan iti ke dalam hati kita untuk menginsafi kebenaran Allah.namun begitu ramai sekali manusia yang tidak bersyukur kerana alpa dengan kenikmatan yang diberikan oleh Allah s.w.t sehingga tertutup hati mereka daripada mengenal Allah s.w.t.

10.Dan mereka bertanaya: Apakah setelah kami hilang lenyap kebalik bumi,apakah kami akan muncul lagi dalam penciptaan yang baru? Bahkan mereka itu tidak percaya dengan akan bertemu dengan  Tuhan mereka.
Tafsir
Pada yat ini,menunjukkan tentang keraguan dan kurang yakin.sesudah badan ini dikuburkan ke dalam tanah,bolehkah dihidupkan kembali? Dan mereka menyangka bahawa jasad yang telah mati dan terkubur di dalam tanah adalah pengakhiran hidup seorang manusia itu,dan tidak ada lagi hidup yang baru.

11.Katakanlah:Akan ditemui kamu oleh malaikat maut,yang  telah diwakilkan kepada kamu,Kemudian itu kamu pun akan dikembalikan kepada tuhan kamu.
Tafsir
Ayat ini selanjutnya menjelaskan tentang keraguaan-keraguan itu dan diberkan ketegasan.setiap yang bernyawa pasti akan bertemu dengan malaikat maut yang hakikatnya nyawa itu adalah milik Allah s.w.t  dan akan kembali kepada Allah s.w.t juga.

12.Dan kiranya engkau lihatlah,seketika orang-orang yang derhaka menukarkan kepala mereka di sisi Tuhan mereka.Ya tuhan kami! Telah kami lihat dan dengar .Maka kembalikanlah kami.agar kami amalkan yang shalih,kami telah yakin.
Tafsir
Di dalam ayat ini menerangkan bahawa Allah s.w.t menyuruh kita melihat kisah-kisah orang yang terdahulu yang sombong ketika hayatnya  kini dating menukarkan kepala bercampur rasa malu dan takut atas dosa-dosa yang dilakukanya.sekarang dating mengakui kebenaran Allag s.w.t dan mengakui tentang dosa mereka .Mereka dating menyembah-nyembah di hadapan Tuhan mereka dengan rendah diri lalu menyampaikan permohonan”ya tuhan kami!telah kami lihat dan telah kami dengar”ternyata benarlah apa yabg diperingat oleh Tuhan kami dahulu ,”Maka kembalikanlah kami” hidup di dunia itu,kami ulang  sekali lagi kehidupan kami agar kami menjadi salleh dan kami telah meyakininya.

Indahnya Kehidupan ini

Ciptaan Tuhan itu indah,kita terbit darpada rusuk lelaki,bukan dekat kepala untuk dijunjungi,bukan dekat bahu untuk membebani,bukan dekat lengan untuk dijulangi,bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi,tetapi dekat pelusuk hati – Untuk dimulia,disayangi dan dicintai.Andai lelaki itu burung yang terbang,kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.



Ahad, 1 Januari 2012

Tahajjud cinta

kesepian malam adalah saat paling sesuai untuk kita merayu kasih sayang Tuhan, Pencipta kita. Memohon keampunan, rahmat dan nikmat dari-Nya. Ini malam para nabi dan para wali. Kalau kita konsisten beribadah malam, memang kita ikut tradisi orang-orang yang luar biasa.